fbpx

Fakta Emas #2

 

Emas Kuning dan Emas Putih

 

Sebelum ini admin ada berkongsi pada anda semua mengenai emas mempunyai 3 jenis secara amnya (Fakta Emas #1).

Kali ini admin ingin berkongsi dengan anda semua mengenai warna dan ketulenan emas secara lebih terperinci. Emas mempunyai 2 warna iaitu warna kuning (yellow gold) dan warna putih (white gold).

 

Warna Kuning (Yellow Gold)

Warna kuning adalah warna lazim bagi emas di pasaran. Emas kuning mempunyai pelbagai ketulenan emas. Berikut adalah ketulenan emas yang ada pada emas kuning:-

  • 999.9
  • 999
  • 950
  • 916
  • 900
  • 835
  • PAUN
  • 750
  • 700
  • 585
  • 550
  • 375

Emas kuning mempunyai 12 ketulenan seperti senarai di atas. Ada sesetengah organisasi mahupun individu melabelkan emas mengikut ketulenan menggunakan KARAT. Peta minda dibawah adalah pecahan 12 ketulenan emas mengikut karat. Penggunaan karat adalah kurang tepat kerana boleh dipecahkan lagi mengikut ketepatan ketulenan seperti yang admin senaraikan. Misalnya di Ar-Rahnu mereka menggunakan kaedah karat untuk menilai emas pelanggan mereka.

Pecahan Karat dan Ketulenan Emas

 

Warna Putih (White Gold)

Selain daripada warna kuning, emas juga mempunyai warna putih yang lebih dikenali dengan emas putih@white gold. Berbeza dengan emas kuning, emas putih hanya mempunyai 3 ketulenan sahaja, Berikut adalah ketulenan emas putih:-

  • 750
  • 585
  • 375

Emas putih mempunyai 3 ketulenan sahaja. Emas putih terhasil daripada campuran emas dan juga palladium. Sifat palladium yang ingin menjadi perumah membuatkan emas yang asalnya kuning/kemerah-merahan menjadi putih. Ketulenan emas putih kebiasaannya meggunakan karat. Rajah dibawah adalah pecahan karat mengikut ketulenan emas.

Karat dan Ketulenan Emas Putih

 

Di Malaysia, orang melayu khususnya lebih berminat dengan emas kuning yang berketulenan 999.9, 999 dan 916. Walau bagaimanapun ada juga yang berminat dengan emas putih yang menarik minat mereka dari sudut design dan corak emas putih tersebut.

Sekian daripada admin untuk posting kali ini.. akan menyusul lagi segala ilmu dan fakta yang akan admin share dari masa ke semasa.

Teruskan share posting ini di mana-mana laman sosial anda supaya memberi manfaat kepada orang lain yang membaca. InshaAllah.