FAKTA EMAS…TAHUKAH ANDA?
Emas terdiri kepada 3 jenis :-
- Jongkong Emas (Goldbar)
- Syiling Emas/Dinar (Coin)
- Barang Kemas (Jewelry)
Jongkong Emas
Jongkong emas berbentuk segi empat tepat. Kebiasaannya jongkong emas dibeli hanya untuk menjadi pembeku wang. Mempunyai berat serendah 1 gram sehingga berat 1 kilogram. Jongkong emas mempunyai banyak pengeluar dan jenama antaranya Pamp Suisse, Perth MInt, Public Gold dan pelbagai lagi. Ketulenan jongkong emas ialah 999.9 Jongkong emas yang dibuat haruslah mempunyai sijil pengesahan daripada Assayer.
Assayer adalah badan atau organisasi yang menilai dari setiap sudut jongkong untuk mengenal pasti ketepatan kualiti jongkong tersebut. Antara assayer yang terkenal ialah LBMA.
Syiling Emas/Dinar
Syiling emas sama seperti jongkong yg membezakan hanyalah bentuknya yang bulat. Menjadi sebab yang sama kepada mereka yang menyimpan syiling emas adalah untuk membekukan wang. Syiling emas mempunyai pelbagai berat. Lazimnya, syiling emas dan dinar mempunyai 2 ketulenan emas iaitu emas 999.9/999(24K) dan 916(22K).
Sesetengah syiling emas dan dinar mempunyai sijil pengesahan daripada Assayer sama seperti jongkong.
Barang Kemas
Barang kemas atau perhiasan emas mempunyai banyak bentuk rekaan. Antaranya cincin, subang telinga, rantai leher, rantai tangan, rantai kaki, loket dan juga gelang tangan. Barang kemas lebih diminati peminat-peminat emas terutamanya wanita. Ini kerana barang kemas tersebut boleh digunakan sebagai perhiasan.
Barang kemas tidak perlu sijil pengesahan daripada Assayer seperti jongkong dan juga syiling emas. Barang kemas mempunyai pelbagai ketulenan bermula daripada 999 sehingga 375. Tahukah anda? emas mempunyai 2 jenis warna? 15 ketulenan secara keseluruhannya? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ini boleh follow posting yang seterusnya mengenai fakta emas.
Cukup sampai disini dahulu… akan bersambung lagi…teruskan follow dan share artikel admin supaya dapat memberi manfaat kepada yang lain. InshaAllah…