fbpx

Ramai customer berurusan dengan kami tidak sedar akan masalah yang mereka hadapi jika dibiarkan saja emas mereka yang dipajak di Ar-Rahnu(bank) dilelong.

‍‍‍‍‍‍‍‍Cerita 1.

Kami dapat panggilan daripada Customer 1 ingin menjual emas yang dipajak di Ar-Rahnu(bank).
‍‍‍‍‍
Mengikut kepada SOP kami. Kami memerlukan details seperti berikut :-
‍‍
1. Nilai Pinjaman
2. Kualiti dan berat emas
3. Tarikh tamat tempoh
‍‍
Tujuan kami memerlukan details diatas adalah kerana ingin memudahkan kami membuat penilaian dan pengiraan secara kasar mengenai baki tunai yang bakal customer dapat. Walaubagaimanapun, pengiraan awal dan anggaran baki tersebut akan diberi dengan lebih tepat setelah berlakunya tebus gadaian.
‍‍
Kembali kepada situasi Customer 1. Beliau menghubungi kami dan memberi segala details yang kami perlukan. Setelah membuat pengiraan, beliau tidak setuju dengan anggaran baki yang kami berikan.
Jadi, apa keputusan Customer 1 tersebut? Beliau tidak jadi menjualnya kepada kami dan membiarkan saja emas tersebut dilelong.‍ Kami tidak kata salah untuk membiarkan emas anda dilelong. Tapi anda perlu sedar akan kesan jika dibiarkan emas anda dilelong.
Kesan jika biarkan emas anda di Ar-Rahnu(bank) dilelong antaranya adalah :-‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
1. Nama anda ada didalam CTOS/CCRIS.
2. Mungkin anda tidak dapat apa-apa baki tunai.
3. Berhutang lagi dengan bank jika tidak dapat baki.
4. Susah membuat gadaian di Ar-Rahnu(bank) yang lain.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Kami jelaskan point 3 dan 4 dengan situasi berikut.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Cerita 2.‍‍‍‍‍‍ ‍‍

‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Customer 2 ini mempunyai emas di Ar-Rahnu yang bakal dilelong. Disebabkan tidak mahu emasnya dilelong. Beliau membuat keputusan untuk menjual terus emas beliau.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Setelah berjumpa dengan beliau. Banyak perkara yang beliau lalui didalam pajakan emas ini. Untuk makluman, beliau adalah seorang peniaga.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Pendekkan cerita beliau pernah membuat kesilapan apabila membiarkan saja emas didalam pajak dilelong. Kesan lelongan tersebut betul-betul membuka mata dan minda beliau.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Pihak Ar-Rahnu menghubungi beliau bahawa emas beliau yang dilelong telah dijual. Tetapi nilai belian atau bidaan keatas emas beliau lebih rendah berbanding nilai keseluruhan bayaran tebus pajakan beliau. Oleh yang demikian, beliau masih berhutang dengan bank.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Konsep bank mudah. Apa saja berbentuk pinjaman pasti akan ada rekod dengan Bank Negara. Jadi, dalam situasi Customer 2 ini beliau tanpa berfikir panjang terus melangsaikan hutang/baki dari pajakan emas yang dilelong itu.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Disebabkan kejadian tersebut, beliau terus mencari PEMBELI EMAS seperti kami untuk menyelesaikan masalah tidak dapat tebus semula emas yang dipajak.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍Ada juga situasi yang berbeza. Walaupun emas dilelong tetapi masih lagi dapat baki. Apa pun bergantung kepada harga semasa emas.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Jika pajak pada harga rendah dan dilelong ketika harga tinggi. InshaAllah ada baki. Begitulah sebaliknya.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Jadi lebih baik mencari langkah selamat iaitu terus menjual tanpa perlu dilelong.‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Sekian. Semoga ilmu ini bermanfaat.