Harga spot emas membuat kejutan apabila sepanjang seminggu ini bermula dari 21/7/2020 – 28/7/2020 (ketika artikel ini ditulis) terus meningkat secara mendadak. Harga spot emas pada 28/7/2020 mencecah 1978.41usd/oz. Harga ini telah menjadi harga tertinggi sepanjang zaman (al time high).
Nilai harga spot emas ini telah memecah rekod pada tahun 2011 iaitu 1920.51usd/oz. Jangkaan admin untuk harga emas ini akan terus meningkat berikutan kebanyakkan negara terus membuat rancangan untuk menghidupkan semula ekonomi di negara masing-masing. Sepertimana kita di Malaysia yang telah membuat moratorium. Negara luar pun telah membuat perkara sama ketika ini.
Harga emas akan terus meningkat jika pandemik Covid-19 tidak dapat dibendung secara menyeluruh. Oleh yang demikian, banyak negara akan terus membuat rancangan dalam membentuk semula ekonomi negara mereka.
Sekian.
DISCLAIMER
Pandangan admin adalah pandangan peribadi hanya untuk pembacaan saja. Admin yakin pembaca-pembaca yang ada lebih mahir dan bijak dalam menilai faktor-faktor naik turun harga emas.