fbpx

HARGA EMAS NAIK?

Hari ini tanggal 22/7/2020 bersamaan hari Rabu harga spot emas naik mengatasi 9 tahun kenaikan harga emas. Dimana harga spot emas hari ini mencecah RM255/g. Hari ini menjadikan harga spot emas paling tinggi sepanjang zaman. Apakah kesan berlakunya peningkatan ini?

Kesan kenaikan harga emas.

Semua sedia maklum bahawa dunia sedang berjuang mengatasi virus pandemik Covid-19. Disebakan virus pandemik ini berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia. Berlaku ‘lockdown’ disesebuah negara sehingga menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali. Walaubagaimanapun tindakan pantas kerajaan Malaysia membuahkn hasil setelah kita berjaya mengurangkan jangkitan virus tersebut. Harus di ingat kita belum menang. Setelah kita diperintahkan untuk duduk dirumah hampir 3 bulan bermula Mac sehingga Jun ekonomi negara terus merudum. Kini kita didalam fasa pemulihan secara berperingkat dari sudut ekonomi juga dari sudut pengawalan jangkitan virus Covid-19 ini.

Berbalik kepada tajuk asal kita kesan kenaikan harga emas sehingga menjadi harga emas tertinggi sepanjang zaman (sehingga ketika artikel ini ditulis). Untuk makluman EUROPEAN UNION (EU) telah membuat satu perancangan untuk merancakkan semula ekonomi di kalangan negara-negara eropah. Setelah hampir 5 hari membuat perbincangan dikalangan ketua-ketua negara eropah, mereka mendapat kesepakatan untuk membuat Recovery Economic Plan.

Recovery Economic Plan ini dirancang untuk menguatkan semula ekonomi negara-negara eropah. Perancangan tersebut adalah mereka mengeluarkan wang fiat sebanyak $858 billion. Disebabkan perancangan tersebut berlaku kenaikan harga spot emas yang berlaku hari ini. Terakhir berlakunya pergerakan harga spot emas yang drastik apabila United Kingdom (UK) keluar dari European Union (EU).

European Union Flag

Walaubagaimanapun, pada pandangan admin secara peribadi harga emas sentiasa ada turun dan naik. Apa yang penting adalah untuk sentiasa bersiap siaga dari segala kemungkinan yang berlaku di dalam ekonomi negara mahupun dunia. Emas adalah kalis inflasi. Jika belum lagi memiliki emas, beli segera dan jadikan emas sebagai pembeku tunai secara tidak langsung menjadi aset kecemasan.