Fakta Emas #3
Ar-Rahnu vs Pajak Gadai Cina
Admin rasa semua sedia maklum mengenai tajuk diatas iaitu Ar-Rahnu dan juga Pajak Gadai. Kedua-duanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memberi pinjaman wang menerusi gadaian emas. Tahukah anda? Diantara kedua-dua ini mempunyai banyak perbezaan yang mungkin ada sesetengah orang tidak tahu.
Ar-Rahnu adalah sistem gadaian islam yang telah berkembang pesat bersaing seiring dengan pajak gadai cina yang telah lama bertapak dalam perkhidmatan memberi pinjaman wang melalui gadaian emas. Kebanyakkan Bank di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu antaranya Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Muamalat dan Affin Bank. Selain itu terdapat juga koperasi yang menyediakan perkhidmatan ini antaranya Rakyat Management Service (dibawah kelolaan Bank Rakyat), Koperasi Yapeim Berhad, Ar-Rahn PKB, Ar-Rahn FELDA, POS Ar-Rahnu, Ar-Rahnu KT, TEKUN Nasional dan banyak lagi koperasi diseluruh Malaysia.
Antara Ar-Rahnu Bank dan Ar-Rahnu Koperasi di Malaysia.
Pajak Gadai Cina/Konvensional pula telah lama bertapak di Malaysia. Jika anda pergi ke kawasan luar bandar pasti anda akan ternampak kedai-kedai pajak gadai cina. Pelbagai nama kedai pajak yang terdapat sehingga kini sama ada diluar bandar atau dibandar.
APAKAH PERBEZAAN DIANTARA AR-RAHNU dan PAJAK GADAI KONVENSIONAL?
Disini saya senaraikan perbezaan diantara kedua-dua institusi pajakan ini.
Ar-Rahnu menyediakan perkhidmatan gadaian/pajakan berdasarkan nilai harga semasa mengikut kadar bank/koperasi masing-masing. Nilai harga semasa tersebut dipanggil sebagai nilai marhun. Nilai marhun tersebut akan menjadi tanda aras untuk memberi pinjaman kepada penggadai. Kadar pinjaman adalah daripada 65% – 80% daripada nilai marhun bergantung kepada bank/koperasi tersebut. Upah simpan yang dikenakan tidak terlalu tinggi. Manakala untuk tempoh gadaian adalah dari 6 bulan – 12 bulan (berubah mengikut bank/koperasi).
Pajak Gadai Konvensional pula memberi pinjaman juga bergantung kepada nilai harga semasa mengikut harga mereka. Kadar upah simpan yang dikenakan adalah sebanyak 1.5% – 2% sebulan daripada nilai pinjaman bergantung kepada sesebuah Pajak Gadai. Untuk tempoh pinjaman pula daripada 6 bulan sehingga 12 bulan (berubah mengikut pajak gadai).
Dari segi proses ketika membuat gadaian, Pajak Gadai Konvensional lebih cepat berbanding Ar-Rahnu. Kebanyakkan Ar-Rahnu lebih teliti dari sudut membuat gadaian kerana mengikut prosedur bank. Berbanding Pajak Gadai lebih kepada bahasa pasar cara ‘koboi’. Penggadai hanya perlu memberi kad pengenalan dan emas, kurang lebih 10 minit siap proses menggadai.
Apa pun untuk orang islam admin menyarankan untuk membuat pinjaman atau gadaian di Ar-Rahnu. Pilihan di tangan anda.
Sekian.