“…EMAS. APAKAH EMAS?…”
Umum sedia maklum bahawa emas adalah sejenis logam yang bernilai. Dari sudut saintifik emas ada simbol tersendiri dinamakan Au dan bernombor atom 79.
Emas boleh didapati dalam bentuk ketulan nuget dan bola@biji kecil pada batu. Sifat emas sebenar ialah lembut, padat dan berkilat . Emas mudah dilebur secara amnya.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, emas digunakan sebagai matawang yang dipanggil sebagai Dinar. Penggunaan dinar masih diteruskan sehingga zaman Khulafa Ar-Rasyidin.
Negara Malaysia semasa dibawah Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr Mahathir juga pernah menyuarakan hasrat untuk menggunakan dinar sebagai matawang akan tetapi hasrat tersebut dibatalkan diatas kekangan sebahagian pihak yang tidak mempersetujui idea tersebut.
Kini emas bukan lagi digunakan sebagai matawang ianya disebabkan kewujudan matawang kertas. Akan tetapi emas masih lagi menjadi salah satu logam yang masih bernilai sehingga kini.
Pesanan dari admin, simpan emas walau sedikit. Kelak akan membantu kita di masa depan. InshaAllah.