Dikemas kini: 5 November 2026
SS Gold & Jewellery Sdn Bhd (No. Syarikat 202401042883 (1588728-V)) (“SS Gold”, “kami”) menghormati privasi anda. Notis ini menerangkan maklumat yang kami kumpul, sebab kami mengumpulnya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
1. Maklumat yang kami kumpul
Bila anda menghubungi kami (WhatsApp, telefon, media sosial atau borang):
- Nama dan nombor telefon
- Maklumat yang anda kongsi tentang emas atau surat pajak anda (contohnya mutu, berat, nilai pinjaman, tarikh tamat tempoh)
Bila anda berurusan dengan kami (jual emas atau jual surat pajak):
- Gambar kad pengenalan, yang diambil terus ke dalam sistem rekod kami, untuk mengesahkan anda pemilik emas atau penama surat pajak
- Rekod transaksi (tarikh, butiran emas, jumlah bayaran)
- Butiran akaun bank, jika anda memilih bayaran secara pindahan bank
Bila anda melayari website kami:
- Data penggunaan seperti halaman yang dilawati, jenis peranti, pelayar dan lokasi anggaran
- Data ini dikumpul melalui cookies dan piksel daripada Meta (Facebook & Instagram), TikTok dan Google (Google Analytics dan Google Ads)
2. Kenapa kami gunakan maklumat anda
- Menjawab pertanyaan anda dan memberi kiraan harga atau baki
- Menguruskan urusan jual beli emas dan surat pajak
- Mematuhi keperluan undang-undang dan menyimpan rekod perniagaan
- Mengukur prestasi iklan dan memaparkan iklan yang berkaitan kepada pelawat website kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Google
3. Perkongsian maklumat
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda.
Kami hanya berkongsi maklumat apabila perlu:
- Dengan kedai pajak gadai atau Ar-Rahnu yang berkaitan, untuk menebus emas anda (dengan pengetahuan anda)
- Dengan bank, untuk membuat bayaran kepada anda melalui pindahan bank
- Dengan penyedia sistem rekod (cloud) yang kami gunakan untuk menyimpan rekod transaksi
- Dengan penyedia platform yang kami gunakan, seperti Meta, TikTok dan Google, melalui cookies dan piksel di website
- Dengan pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang
4. Cookies dan iklan
Website kami menggunakan cookies dan piksel untuk memahami cara pelawat menggunakan website dan untuk memaparkan iklan kami kepada orang yang pernah melawat website.
Anda boleh:
- Memadam atau menyekat cookies melalui tetapan pelayar anda
- Mengurus pilihan iklan di Facebook, Google dan dalam tetapan aplikasi TikTok
5. Penyimpanan dan keselamatan
Rekod transaksi, termasuk gambar kad pengenalan, disimpan dalam sistem rekod berasaskan awan (cloud) yang dilindungi kata laluan dan hanya boleh diakses oleh kakitangan yang diberi kebenaran.
Kami menyimpan rekod transaksi sehingga 7 tahun bagi tujuan rekod perniagaan dan undang-undang. Maklumat lain disimpan selagi perlu untuk tujuan di atas. Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda daripada akses tanpa kebenaran.
6. Hak anda
Anda berhak untuk:
- Meminta salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan
- Membetulkan maklumat yang tidak tepat
- Meminta kami memadam maklumat anda (kecuali rekod yang wajib kami simpan mengikut undang-undang)
- Menarik balik persetujuan untuk menerima mesej pemasaran
7. Hubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data peribadi anda:
SS Gold & Jewellery Sdn Bhd
2-1, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor
WhatsApp: 012-2845677
Telefon: 03-87519749
E-mel: ssgoldandjewellery@gmail.com
Kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh 21 hari.
8. Perubahan
Kami boleh mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini.