SS Gold & Jewellery

Panduan Jual Emas Terpakai (2026): Emas Rosak, Pusaka, Gold Bar & Emas Putih

Jawapan ringkas

Ya, emas terpakai boleh dijual walaupun rosak, lama, emas pusaka, gold bar, syiling emas atau emas putih. Harga ikut mutu dan berat emas, berdasarkan harga emas pada hari urusan, dan bayaran dibuat secara tunai on-the-spot. Bawa kad pengenalan asal, dan resit pembelian jika ada.

📱 WhatsApp gambar emas anda untuk sebut harga hari ini.

  • ★★★★★ 5.0 · 2,400+ review Google
  • ✓ 10,000+ pelanggan
  • ✓ Bayaran tunai on-the-spot
  • ✓ Tiada caj tersembunyi
WhatsApp Kami

Emas apa yang boleh dijual?

Kami beli emas dalam pelbagai bentuk dan keadaan:

  • Barang kemas: rantai, gelang, cincin, loket, subang dan lain-lain
  • Emas rosak: putus, bengkok, patah atau kemek
  • Emas lama dan emas pusaka
  • Gold bar (jongkong emas), syiling emas dan dinar
  • Emas yang dibeli di luar negara
  • Emas putih (white gold)

Mutu yang kami beli: 999.9, 999, 950, 916, 900, 835, Paun, 750, 585 dan 375, serta emas putih 750, 585 dan 375. Senarai penuh dengan kandungan emas ada dalam page Harga Belian Emas Hari Ini.

Emas mutu apa yang boleh dijual?

Emas 375 boleh jual ke?

Boleh. Emas 375 (9K) mengandungi 37.5% emas tulen. Kami beli emas 375 dan dinilai ikut berat dan mutu, jadi kadar segramnya lebih rendah berbanding 916 atau 999.

Emas 585 boleh jual ke?

Boleh. Emas 585 (14K) mengandungi 58.5% emas tulen, dan kami beli ikut berat dan mutu.

Emas 750 (18K) boleh jual ke?

Boleh. Emas 750 (18K) mengandungi 75% emas tulen. Kami beli emas 750 kuning dan emas putih 750.

Emas Paun emas apa? Boleh jual ke?

Emas Paun ialah emas lama yang mengandungi lebih kurang 80% emas tulen. Ia biasa ditemui dalam barang kemas lama dan emas pusaka. Kami beli emas Paun, dan ia dinilai ikut berat dan mutunya.

Emas 916 dan 999, mana lebih mahal?

Emas 999 lebih mahal segram, sebab ia hampir tulen (99.9% emas). Emas 916 (22K) mengandungi 91.6% emas, dan biasanya dijadikan barang kemas sebab lebih keras dan tahan lasak. Bila dijual, kedua-duanya dinilai ikut berat × kadar segram untuk mutu masing-masing.

Jadual ringkas mutu emas

Mutu Karat Emas tulen SS Gold beli?
999.9 / 999 24K 99.9% Ya
950 – 95% Ya
916 22K 91.6% Ya
900 – 90% Ya
835 20K 83.5% Ya
Paun – ~80% Ya
750 18K 75% Ya (kuning & putih)
585 14K 58.5% Ya (kuning & putih)
375 9K 37.5% Ya (kuning & putih)
925 – Perak, bukan emas Tidak
18KGP / gold plated – Salutan sahaja Tidak

Emas 925 atau 18KGP boleh jual ke?

Tidak. Cop 925 bermaksud perak (92.5% perak), bukan emas. Cop GP (contoh 18KGP) bermaksud gold plated, iaitu logam lain yang disalut emas nipis. Kami tidak beli perak dan emas salutan.

Emas Jaguar atau Zhulian boleh jual ke?

Tidak. Kami tidak beli barang kemas Jaguar dan Zhulian, sebab ia barang kemas salutan.

Untuk barang kemas jenama lain, kami tidak nilai ikut jenama. Setiap barang kemas akan diuji mutunya dengan asid depan mata. Kalau emas tulen, ia dinilai ikut mutu dan berat sebenar. Kalau ujian menunjukkan barang tu emas salutan atau bukan emas, kami tidak beli.

Boleh jual emas rosak?

Boleh. Emas yang putus, bengkok atau patah tetap kami beli, dan harganya sama macam emas yang elok. Harga ikut mutu dan berat emas, bukan ikut rupa. Tak perlu baiki emas sebelum jual.

Termasuk gelang atau rantai yang putus, cincin yang patah, atau loket yang kemek.

Boleh jual emas pusaka?

Boleh, tiada syarat khas. Emas pusaka biasanya emas lama dengan mutu seperti 916, 900 atau Paun, dan dinilai sama seperti emas lain, iaitu ikut mutu dan berat.

Kalau emas tu diwarisi daripada ahli keluarga, pastikan anda dah berbincang dengan waris lain sebelum menjualnya. Kalau ada resit lama, bawa sekali.

Untuk soalan pembahagian harta pusaka (faraid), sila rujuk pejabat agama.

Boleh jual gold bar, syiling emas atau dinar?

Boleh. Kami beli gold bar (jongkong emas), syiling emas dan dinar. Gold bar biasanya bermutu 999.9 atau 999, jadi kadar segramnya paling tinggi.

Kalau ada sijil atau kad yang datang bersama gold bar, lebih baik bawa sekali.

1 dinar emas berapa gram?

1 dinar emas seberat 4.25 gram. Bila dijual, dinar dinilai ikut berat dan mutunya (contohnya 916 atau 999), sama seperti emas lain.

Boleh jual emas yang dibeli di luar negara?

Boleh. Emas yang dibeli di luar negara, contohnya di Arab Saudi atau Thailand, dinilai sama seperti emas lain, iaitu ikut mutu dan berat. Kalau ada resit, bawa sekali.

Boleh jual emas putih?

Boleh. Kami beli emas putih mutu 750 (18K), 585 (14K) dan 375 (9K). Emas putih ialah emas yang dicampur logam lain supaya warnanya putih, jadi ia dinilai ikut mutu emasnya juga.

Barang kemas perak dan platinum kami tidak beli.

Emas tiada cop, atau tak tahu mutunya?

Kami uji mutu emas dengan kaedah tradisional menggunakan asid depan mata dan maklumkan mutu emas tersebut.

Cop mutu (contohnya 916) sahaja tidak menjamin emas itu tulen, sebab itulah kami uji setiap barang kemas depan mata sebelum membeli.

Emas salutan (gold plated) dan emas tiruan kami tidak beli.

Ada had umur untuk jual emas?

Ya. Di SS Gold, kami hanya beli emas daripada pelanggan yang berumur 23 tahun dan ke atas.

Boleh jual emas tanpa resit?

Boleh, tetapi hanya untuk pemilik sebenar emas tersebut. Resit membantu, tetapi bukan syarat, sebab mutu emas akan diuji semasa urusan.

Ada potongan kalau jual emas tanpa resit?

Tiada potongan. Harga sama sama ada anda bawa resit atau tidak, sebab nilai emas ditentukan oleh mutu dan berat selepas diuji.

Apa yang perlu dibawa semasa jual emas?

  • Kad pengenalan asal (penjual mesti berumur 23 tahun dan ke atas)
  • Emas yang hendak dijual
  • Resit pembelian, jika ada
  • Sijil atau kad gold bar, jika ada

Bagaimana emas saya dinilai?

  1. Uji mutu dengan kaedah tradisional menggunakan asid.
  2. Timbang emas. Hanya berat emas yang dinilai. Batu permata, spring, besi, kotoran dan bendasing tidak dikira.
  3. Kira harga: berat emas × kadar belian segram untuk mutu tersebut, ikut harga emas pada hari urusan.

Kami tidak paparkan harga di website sebab harga emas berubah setiap hari. Baca cara harga belian emas dikira, atau WhatsApp kami untuk harga hari ini.

Cara jual emas terpakai kepada SS Gold (5 langkah)

  1. WhatsApp kami di 012-2845677. Beritahu mutu dan berat emas, atau hantar gambar emas anda.
  2. Terima sebut harga ikut harga emas hari ini.
  3. Datang ke kedai kami di Kajang, atau kami datang ke lokasi anda.
  4. Emas diuji dan ditimbang, kemudian harga dimuktamadkan.
  5. Bayaran tunai on-the-spot. Urusan boleh siap secepat 15 minit.

Kawasan yang kami liputi

Kami boleh datang ke lokasi anda di seluruh Lembah Klang, serta Nilai, Mantin, Seremban dan Senawang. Untuk emas yang beratnya bawah 10g, ada caj untuk kami datang ke lokasi.

Emas anda masih dalam pajak gadai atau Ar-Rahnu? Baca Panduan Jual Surat Pajak & Emas Ar-Rahnu.

Tips sebelum jual emas

  • WhatsApp gambar emas dulu, supaya anda dapat anggaran harga sebelum datang.
  • Semak cop mutu pada barang kemas, dan kumpulkan resit jika masih ada.
  • Tak perlu cuci atau baiki emas. Emas rosak dinilai sama seperti emas yang elok.

Kenapa pelanggan pilih SS Gold & Jewellery

  • Berpengalaman dalam urusan emas sejak 2011
  • Lebih 10,000 pelanggan telah berurusan dengan kami
  • Rating 5.0 dengan 2,400+ review Google
  • Syarikat berdaftar: SS Gold & Jewellery Sdn Bhd, SSM 202401042883 (1588728-V)
  • Alamat: 2-1, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor
  • Hotline/WhatsApp: 012-2845677
  • Waktu operasi: Isnin–Sabtu, 9 pagi–5.30 petang (Ahad tutup)
  • Kawasan: seluruh Lembah Klang, Nilai, Mantin, Seremban dan Senawang

Tentang penulis

Norshahfiq Nordin ialah Pengarah Urusan SS Gold & Jewellery Sdn Bhd. Beliau terlibat dalam urusan jual beli emas sejak 2011.

Ada emas lama yang tak dipakai lagi?

WhatsApp gambar emas anda sekarang, dan kami akan beri sebut harga ikut harga hari ini.